Monday, 17 September 2012

muhasabah diri

Kata seorang guru tasauf: “Akhlak adalah buah amal.”

Untuk melihat tanda amalan seseorang itu berhasil dan diterima Allah S.W.T ialah dengan melihat pada akhlaknya.


[*Jangan lihat dulu pada orang lain. Lihat pada diri kita sendiri dulu.]


Boleh diumpamakan amalan yang banyak tetapi tidak berhasil adalah umpama sebuah pokok yang besar dan rendang tetapi tidak mengeluarkan buah.

Amalan yang diterima Allah mesti ikhlas. Walaupun sedikit ia mesti berkualiti. Jika banyak tetapi tidak berkualiti – masih bercampur aduk dengan unsur-unsur syirik, riak dan ujub maka ia tidak diterima Allah .

Sama-samalah kita menyemak amalan kita agar sentiasa ikhlas kepada Allah. Semoga dengan itu amalan kita diterima Allah dan dapat membentuk akhlak kita sebagaimana akhlak Rasulullah S.A.W.

Ingatlah...

Allah tidak menilik iaitu meneliti akan kecantikan dan keelokan rupa kamu tetapi Dia menilik akan keelokan dan kecantikan hati kamu.

Hati yang elok ialah hati yang bersih, suci daripada sifat-sifat keji. Lebih bersih hati maka lebih bersinarlah cahaya tauhid kepada Allah. Dan lebih elok pula akhlak insan kerana hati yang suci adalah tempat terbit akhlak yang elok dan terpuji.

No comments:

Post a Comment