Monday, 17 September 2012

BILAKAH DOAKU AKAN DIMAKBULKAN????


APABILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU…
Firman Allah, maksudnya; ‘’Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka [beritahu mereka] ; Sesungguhnya aku sentiasa hampir [kepada mereka]; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman

 kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.’’ [Surah al-Baqarah; 186]

APABILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA INGIN MENGUJIMU…
Menurut al-Khatabi; ‘’Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala.’’
Menurut Hukama; ‘’Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat.’’

APABILA DIA TIDAK MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU…
Firman Allah, maksudnya; ‘’Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan [ingatlah], Allah jua Yang Maha Mengetahui [semua itu], sedang kamu tidak mengetahuinya.’’ [Surah al-Baqarah; 216]

OLEH ITU, SENTIASALAH BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH…
Firman Allah, maksudnya; ‘’Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini.’’ [ Hadis Qudsi]

SOLUSI ISU 2/ M,S 63

muhasabah diri

Kata seorang guru tasauf: “Akhlak adalah buah amal.”

Untuk melihat tanda amalan seseorang itu berhasil dan diterima Allah S.W.T ialah dengan melihat pada akhlaknya.


[*Jangan lihat dulu pada orang lain. Lihat pada diri kita sendiri dulu.]


Boleh diumpamakan amalan yang banyak tetapi tidak berhasil adalah umpama sebuah pokok yang besar dan rendang tetapi tidak mengeluarkan buah.

Amalan yang diterima Allah mesti ikhlas. Walaupun sedikit ia mesti berkualiti. Jika banyak tetapi tidak berkualiti – masih bercampur aduk dengan unsur-unsur syirik, riak dan ujub maka ia tidak diterima Allah .

Sama-samalah kita menyemak amalan kita agar sentiasa ikhlas kepada Allah. Semoga dengan itu amalan kita diterima Allah dan dapat membentuk akhlak kita sebagaimana akhlak Rasulullah S.A.W.

Ingatlah...

Allah tidak menilik iaitu meneliti akan kecantikan dan keelokan rupa kamu tetapi Dia menilik akan keelokan dan kecantikan hati kamu.

Hati yang elok ialah hati yang bersih, suci daripada sifat-sifat keji. Lebih bersih hati maka lebih bersinarlah cahaya tauhid kepada Allah. Dan lebih elok pula akhlak insan kerana hati yang suci adalah tempat terbit akhlak yang elok dan terpuji.